sewa canopy Setiu Terengganu: sewa canopy Kelantan: sewa canopy Terengganu: jualan keris, lembing,badik,pedang, tombak, kerambit, lawi ayam. sewa kanopi khemah Terengganu 0123643390 0122261617
21 October 2009
seekor kuda besi kaku terbaring ..
(Dedikasi untuk penunggang motorsikal)
dalam dingin pagi ini,
perjalanan singkat menuju Sentul,
telusuri Penchala Link rentas Jalan Duta,
di depan Hentian Duta mata terpaku,.
seekor kuda besi kaku terbaring,
depan remuk belakangnya bengkok,
pemilik diri tiada di mana.
hati gementar terus tertanya,
tangis mana tumpah pagi ini,
darah siapa mengalir di sini,
ibu siapa yang hilang zuriat,
laila mana kehilangan majnun
anak siapa menjadi yatim,
gadis mana kehilangan tunangan,
isteri mana menjadi janda.
hati rawan malah terganggu,
kerana aku yang memacu kuda besi ini,
adalah jua bapa pada puteri-putera manja,
suami pada isteri setia,
jua anak pada ibu berjasa.
Ya Allah..selamatkan lelaki itu.
Ya Allah..selamatkan kami.
20 Oktober 2009
Damansara.
... kasihanilah kami wahai pemandu kereta...
Label:
Sajak Merapu
akulah semut yang telah mati..
dalam waktu tersisa ini,
biarlah terus berteman tanpa mesra,
kenali mu satu anugerah ternilai,
pada lelaki yang sukakan persahabatan.
dalam waktu tersisa ini,
bicara mu penuh manis gula,
sedangkan aku semut yang telah mati,
langkaui hidup seorang lelaki,
hanya dua jalan seorang wanita,
perkahwinan juga persahabatan,
tiada kenal apa makna permusuhan
dalam waktu tersisa ini,
lembut bicara menghiris hati,
sejuk kata membakar ingatan..
atas apa akan ku rakam kenangan,
dengan simpul manis bicara?
Dengan ayu lengguk ayunan langkah?..
Kerana aku lah itu..
semut yang telah mati..
dengan manis gula mu.
20 Oktober 09
Damansara
Label:
Sajak Merapu
Subscribe to:
Posts (Atom)