16 October 2010

Membuat sarung kelewang dan golok dengan paip pvc

ala-ala sampir la...






..pedang dan golok bersarung paip pvc telah siap.ini bikinan bapa saya.. saya tak nak tipu..bila bukan kita  buat..kena bagitau siapa yang buat.baru telus.tapi saya terlibat juga dalam penambahbaikannya..he5

kalau rasa susah dan mahal nak upah orang buat sarung golok dari kayu kemuning ke..serian ke... nangka ke..
korang buat je sarung dari paip pvc. layur atas api dapur gas.. dan bentukkan mengikut bentuk yang anda sukai.perlu buat dengan hati-hati kerana ia memang lembut semasa panas tetapi mengeras apabila sejuk.selamat mencuba..lebih selamat dari menggunakan sarung kain plastik biasa..

12 October 2010

Badik baru berpamor


badik baru.koleksi baru saya.
pamur yang jelas.
bukan pamur buatan..semulajadi dari besi yang istemewa..
tukang Kelantan.
agam dan tegap dengan 'mar'nya yang tebal dan kukuh..
kembarnya masih di Kelantan.. kepunyaan kawan..Cikgu Syahril..