Showing posts with label Do It Yourself Senjata. Show all posts
Showing posts with label Do It Yourself Senjata. Show all posts

02 February 2011

Membuat hulu pisau dengan Tok Wan ( Cikgu Wan Syahril )

 mata pisau..hulu telah hancur..puting pon  dah dimakan karat..

 buat puting baru..buang bahagian karat dan tebuk lubang..

taruk gam dan habuk kayu untuk elak air masuk dan agar kemas..

bolt telah dimasukkan bersama hulu kapit..belum diperhalusi

 iklan jap.. hulu dan sarung kawan yg telah Tok Wan siapkan..

 Tok Wan sedang khusyuk melicinkan dan membentuk   hulu..


persis tukang tersohor..
menyembunyikan cantuman antara dua kayu dengan habuk gergaji..

 pisau  kawe yang  disiapkan oleh Tok Wan..


 pisau  dan golok kecil  kawe yang  disiapkan oleh Tok Wan..



mata pisau ni saya jumpa semasa merayau bawah umah mertua ketika mencari bahan-bahan untuk d.i.y..rasanya umur pisau ini lebih tua dari umur isteri saya.kayunya telah hancur dan puting pun telah rosak.
terima kasih pada tok wan kerana sudi meminjamkan sebahagian pagi  untuk menyudahkan hulu pisau ini..

 pakej yang paling menarik... membuat hulu pisau dan dijamu 'lunch' dengan masakan isterinya,Nur yang sungguh sedap.3 kali tambah...al-hamdulilah..terima kasih daun keladi..

27 November 2010

merayau di bawah umah mertua... ku temui MACHANG HUTAN ..yehoo...






akhirnya..ku temui:
2 keping papan kayu machang hutan..
1 pendayung perahu antik(antik kot.lebih 30 tahun)..
sebilah kikir gergaji tangan lama....

yang pasti...kayu machang hutan akan jadi hulu dan sarung senjata...
kikir itu akan jadi pisau atau golok yang tajam..
pendayung akan digilap dan diclear'kan..gantung di ruang tamu....
pergh... banyaknya kemahuan...hu5..

sehari bersama Haji Mat.. 'sifu' golok boreng ..

ni mata boreng..made in Germany..kalau sapo2 ngaku mata golok dia mata boreng..
cuba tanya macam ni ke asal usul besi dia?..he he


mengukur mata dengan sarung... kayu krismas..

menarah dengan kapak....memerlukan kemahiran yang tinggi.

Cikgu Azhar mewarisi bakat .. he he..bodek sikittttttttttttttt...

menarah dengan kapak....memerlukan kemahiran yang tinggi.

proses membuat alur/bentukkan mata di sarung dg pahat..

diikat kuat dengan tiub selepas disapu gam..

hampir siap..menanti diplas dengan kertas pasir

sarung dan hulu telah siap disembur 'clear' dan dijemur..
corak dan kecantikan  kayu telah terserlah..

23 October 2010

membuang karat pedang..

hulu adalah kaki kerbau yang diawet..ha ha..tak lah..ala-ala kaki kerbau..
kayu apa entahlah..yang pasti lebih tua dari umur bapa kawe..1949..

...perapkan dengan asam limau secukup rasa....

'twin men in black'...
yang berhulu kayu dah berumur 60 tahun..tengah mencari hulu kayu baru...
yang berhulu plastik baru berumur 10 tahun..tengah mencari hulu kayu juga..hu5..

jange marah..ku taruk je minyak singer.
.nak letak minyak kasturi..nanti keris ku marah pulak..

 berkilat tak?....

 dengan air limau nipis pun berkilat..
apatah lagi dengan kertas pasir..
maka..lebih baik guna kertas pasir.. he he..

16 October 2010

Membuat sarung kelewang dan golok dengan paip pvc

ala-ala sampir la...






..pedang dan golok bersarung paip pvc telah siap.ini bikinan bapa saya.. saya tak nak tipu..bila bukan kita  buat..kena bagitau siapa yang buat.baru telus.tapi saya terlibat juga dalam penambahbaikannya..he5

kalau rasa susah dan mahal nak upah orang buat sarung golok dari kayu kemuning ke..serian ke... nangka ke..
korang buat je sarung dari paip pvc. layur atas api dapur gas.. dan bentukkan mengikut bentuk yang anda sukai.perlu buat dengan hati-hati kerana ia memang lembut semasa panas tetapi mengeras apabila sejuk.selamat mencuba..lebih selamat dari menggunakan sarung kain plastik biasa..