Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

18 December 2009

Unggun Api 3




Kita nyalakan kembali unggun api ini,
berbekal bara hangat semalam,
berumpan kayu basah lembap,
bersama janji rapuh serta ragu.

berjanjilah pada ku,
jangan sirami lagi unggun ini,
dengan air mata kesedihan mu,
dengan tongkol kayu curiga mu.

berjanjilah pada ku,
sesama jagai unggun api ini,
sesama raikan api hangatnya,
panaskan kita di malam hening,
berdua temani sepi lewat ke pagi.

Kuala Berang,
19 Disember

10 August 2009

Seorang insan bernama suami!..

Klik attach untuk besarkan. Kredit untuk Mingguan Malaysia 9 Ogos 09

03 August 2009

Abah... undang-undang tu apa bah...

Minggu lepas Aiman telah bertanya... 'abah... undang-undang tu apa bah?.." Saya tahu..mesti dia dengar dan tengok perbualan/berita dalam tv . "undang-undang tu peraturan..apa yang boleh.. apa yang dok leh kita buat.." saya cuba terangkan aras paling rendah ( kawan2 guru mesti gelak.. maaf ye Cikgu Hadi...)

Aiman seperti melongo. Masih tidak begitu jelas pada fikiran 5 tahun dia kot. Bila saya pulang dari beli barang di kedai.. Aiman dan Husna begitu ralit mengadap tv. Seperti biasa channel 611. Saya pun datang dan berkata " sekarang..dok leh tengok kartun.. kalu cuti baru buleh tengok"..
Husna pun menjawab 'Cuti ye abah...? ni petang dah cuti ni..".'Bukan cuti lagi.. cuti sabtu dan ahad saja.' Saya menambah..'jadi.. peraturan dan undang-undang tidak boleh tengok kartun kalau hari dok cuti.. dah paham kan apa maksud undang2?".. mereka senyap.Bungkam. Tak tahulah dah memahami maksud undang2 atau atau kecewa tak dapat tengok Ben 10..

14 July 2009

Marilah kita menulis di atas pasir & mengukir di atas batu!

Inilah kisahnya.... ......... .....

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namaya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkan oleh Mior.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia
terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”

Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut.Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.

Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

Terima Kasih untuk Mc Nur Rohaidah atas kiriman email ini.