Showing posts with label Do It Yourself. Show all posts
Showing posts with label Do It Yourself. Show all posts

31 December 2010

Sepetang bersama Pak Muda Mat(Pak sedara) Kg Changgal, Kelantan


gasing terbaru Pak Muda...


 ralit mengorek...berseni jugak pak sedara kawe..he he


 sebahagian acuan gasing milik Pak Muda Mat


sebahagian gasing yang telah digunakan... 
nak minta seketul..segan plokkkkk...

golok Pak Ngah Soh(Pak Sedara sorang lagi..)

besi paku rel  keretapi.. kayu sarung..buatan Tukang Kg Saring..

21 November 2010

kelengkapan 'perang' wajib bila pulang bercuti di kampung...


1.Bosch grinder
2. Bosch drill
3. Bosch hammer drill

13 September 2010

Projek d.i.y paip air di kampung semasa balik beraya

 sebelum

 
gerudi dengan drill bosch ku..pergh..berbatik pon jalannn..

siapppppp

paip contoh.yang sebenar sebelah kanan sikit.
tak sempat ambik gambar.hari hujan.esok dah ke KL..


pulasssss..........

pusing je

Bahan asas.2

Bahan asas1

macam biasa..projek yang paling saya suka adalah menyambung paip 'poli'.
sebab tidak perlu gunakan gam. kalau tidak berkenan..kita boleh bukak dan pasang balik.

menambah plug... balik raya di kampung 2010

Sambungan dari bilik Encik Thalhah..


..ke dalam bilik Ustazah Ashilah.. biasa upah RM80.. 
sesama beradik..tak payah upah2..
beli jelah plug dan bahan asas lain..ituje..

plug ini asalnya 1 sahaja ..saya tambah pada 4 gang tetapi malangnya hari menjelang malam..
saya sempat siapkan 3 sahaja. yang terbalik tu saja saya buat begitu kerana tidak ada sambungan..


saya juga suka dengan penyambungan elektrik..
tetapi perlu sangat berhati2 dan selalu rungsing 
kerana kesilapannya boleh menyebabkan saya menjadi arwah.
maka saya tidak galakkan mereka yang tidak tahu asas  mencuba..

22 August 2010

Projek hanger d.i.y untuk mereka yang rajin

Kepada sesiapa yang berminat dengan d.i.y boleh lah membuat hanger ini. Lasak dan tahan berkali-ganda dari hanger plastik yang dijual di pasaran. Nak minta saya buat pun boleh tapi ..he he..
buatlah sendiri.. hati puas...




hanger yang telah siap...
rangka asas telah diletakkan penyepit kain..



Buat rangka asas dahulu.. dan ketatkan dengan bolt/nat

Bahan asas 1: penyepit kain


Bahan asas 2: Penyangkut kunci & bolt/nat



Bahan asas 3: Klip langsir




Bahan asas 4: Bracket/besi pallet dijual di kedai spare part motorsikal..

20 August 2010

Wakaf ,Pergola dan Gazeebo di laman rumah

Wakaf untuk tempat awam je lah cam ni..

Cantik. Meniru gaya pagoda. bumbung tiga.

Wakaf binaan kekal.Dihiasi dengan meja/bangku simen.
nak berbaring?.. tak boleh..meja terlalu kecil.he he..

Tiang batang pinang. kita wat cam ni kat kebun durian..

Wakaf ni lebih santai.Untuk halaman rumah. Berbaring dan makan-makan.



     saya telah lama  berminat untuk membina wakaf atau pergola di halaman rumah. Untuk masa sekarang.. minat itu nampaknya masih tersimpan rapi. di KL pun tak sempat beli rumah..di Terengganu pun masih belum dapat buat rumah. terpaksalah saya simpan gambar-gambar wakaf untuk tatapan dan dilunaskan satu masa nanti. berehat di atas wakaf..

    Saya menyukai wakaf yang boleh dialih..bila masa kita ingin beralih angin..kita boleh mintak pak long serta pak ngah tolong kita alihkan.

      Berkain pelekat..berbaju t-shirt pagoda.. dibuai angin petang..alangkah damainya.. atau di dalam kedinginan malam... hmmm..

12 May 2010

menyelamatkan kipas..

Kipas Sanyo telah selamat ditukar power kabel/disembur spray

maaf..gangguan teknikal sekejap.si kecik ku ingin take over.

Macam biasa..bukak la tempat yg sepatutnya dibuka..
buang sambungan lama dan letak yang baru..


Sanyo ni meme dah lama.. cuba tengok penunjuk speed dia..
penunjuk speed ini akan keluar berselang dari dalam..
yang baru nombor dah ada kat luar..

kabel power saya cabut dari wall fan lain yang tidak lagi bernafas..


power kabel lama Sanyo yang sangat merbahaya pada bot-bot kecil



Kipas Sanyo ni panjang kisahnya sehingga sampai ke Kuala Lumpur. Saya menyelongkar stor abang ipar semasa mahu membaiki paip air di rumah mertua di Kuala Berang. saya ternampak kipas dinding Sanyo yang tersangkut. tanpa kipas.tanpa cover.
bila bawak naik..cucuk kat plug.. berpusing pula. maka saya ambik keputusan buat satu perjalanan jauh ke Kuala Lumpur. bila sampai di KL, kipas ini dibiarkan dulu.tak tahu nak cari kat mana kipas dan cover..sebab barang lama.
selepas pergi kat PPUM tempohari..nampak kipas jenis yang sama masih berfungsi dan cantik kat kaunter pertanyaan.. hati bersemangat kembali. akhirnya saya minta seorang kawan, seorang penjual setia kat Pasar Karat.. sebelahg Petaling Street untuk mencarikan saya cover dan kipas.
Al-hamdulilah.. dia telah jumpa dan saya berikan RM20 pada nya sebagai hadiah..
dan projek baik-pulih berjalan dan berjaya seperti di atas.