12 May 2010

Membuat dua kepala paip...

kekadang rumah kita hanya ada satu saja sambungan paip. tetapi banyak kerja yang kita perlu buat.. perlu banyak sambungan untuk mesin basuh, mesin tebu, mesin kuih jala serta paip singki..maka perlulah kita buat beberapa cabang untuk selesaikannya. salah satu seperti yang ditunjukkan..kalau ini hanyalah satu2nya sambungan paip ke rumah anda.

Macam biasalah... kena ada batang paip..biasa size 1/2 inc, 'L', 'T' yang berskru, saletape paip serta gam secukup rasa.


30 April 2010

Pagar duri mini

kami dok 'townhouse' corner lot..atau end lot..jadi mudah la sikit orang nak jenguk2..terutamanya tetamu yang tak diundang..

kawat duri RM70

batang rak pinggan yang tidak lagi bernyawa telah ku leraikan dengan mesin grinder ku..

..akan digunakan sebagai turus pagar..ore kapung kato..


mesin grinder ku.. hangit ku kerjakan batang rak pinggan hingga putus


drill ku yg banyak berjasa.menebuk pagar tuan rumah..

nak guna hammer rotary bosch pun sayang lagi..he he.. RM700 woo..


mintak2 lepas ni mereka berfikir 2 kali untuk lompat..Insya Allah



Selepas beberapa kali percubaan untuk masuk oleh sang pencuri..saya dah rasa tak sedap hati untuk tinggalkan rumah 'townhouse' ini. bagitau kat tuan rumah pun,bukan nak pasang pagar tambahan. maka..terpaksalah ku korbankan RM70 untuk beli kawat duri.mintak yg biasa.. penjual kata tak ada stok.mudah karat dia kata.padahal mudah karat lagi bagus.biaq tercucuk perut dan bernanah sang pencuri.ee..geramm.. tak apalah.. nanti buat rumah sendiri kawe pasang dawai 'german blade'..biar putus urat keting dia..

04 April 2010

Lampu outdoor Sungai Penchala

Outdoor lamp kawe telah siap dan digunakan.

siang hari..

test..takut lampu tak nyala..


wayar..



peralatan penting....



dileraikan dengan jayanya..


buang bateri,kabel dan isi perut termasuk mentol



bahan mentah... dari pasar karat petaling street..

02 April 2010

Sebuah Rumah Cinta

SEBUAH RUMAH CINTA
Rumah itu dibina dengan cinta
Tiangnya menegak kesetiaan
Dindingnya menangkis dugaan
Atapnya memayung kebahagian
Dapurnya berasap kepuasan
Anjungnya melayar perasaan
Di pintu tersenyummenadah kepulangan
Di tingkap tercipta lukisan harapan
Halamannya penuh keharuman
Tempat menanti mimpi
Melangkah ke kamar diri
Perjalanan seni
Rumah itu dibina dengan insani
Berseri dilukis mentari
Bercahaya di akar bulan
Rumah yang dibina ituperlu disapu sampahnya
perlu dicuci tingkapnya
perlu disusun perabotnya
untuk mengisi sepasangkasih dan sayang
pengarang tiada nama
(kawe hanya menyalin sajak ini)
jun 2010

17 March 2010

exhaust fan untuk bilik tidur

wall fan & exhaust fan..ok la sikit.


dengan keadaan sekarang.. cuaca yg panas..tdor dalam bilik sesuatu yang amat menyiksakan..terutama untuk budak2.... si bapak perlu cari jalan selain dari psang air cond yg mungkin membuatkan bajet susu dugro lari..

saya terpaksa memasang exhaust fan..

1. exhaust fan jenama khind 12 inc ni rm72 je kat mydin.

2. bukak 3 keping cermin nako.

3. sambung wayar dia dengan wayar lain dan buat satu suis lain untuk on-off..

4. tampal lubang yang tidak berkenaan dengan tikar getah dan papan..

-bahang panas dapatla dikurangkan sebanyak 30%..nak 100% kena pasang air cond ler...

06 March 2010

3 bilah pedang mata besi 'chain saw'.. SOLD semuanya..

paling bawah dan paling atas dah SOLD

1. RM330
2. RM350
3. RM290
paling bawah dan paling atas dah SOLD
1. RM330
2. RM350
3. RM290

dah SOLD....

Besi: besi 'chain saw'
Sarung: kayu nangka
Panjang: 25 inci dengan hulu
Lebar 1.5 inci...
kena ada gak sebilah sorang senjata yang panjang kat umah.almaklumlah dengan keadaan sekarang..ramai sangat penyangak. biar mudah kita capai dan tidak dilihat penceroboh,tu yg penting simpan benda2 ni di tempat yang sesuai.SUSAH DILIHAT..MUDAH DICAPAI mottonya.
kalau tak..nanti..dia pulak gunakan ke atas kita.naya...

18 February 2010

Hammer drill Bosch GBH 2-26 DRE

Al-hamdulilah.. hasrat tercapai juga untuk membeli drill Bosch GBH 2-26 DRE di Jalan Setapak. Terima kasih kepada kawan, Khairuddin kerana sudi teman sepanjang tawar-menawar dengan towkey kedai.

3 fungsi: drill biasa,hammer & pahat


Bosch GBH 2-26 DRE

Aksesori termasuk ‘head’ untuk mata biasa,pahat dan beberapa mata berlainan size.
Original dari Bosch

25 January 2010

Railing Langsir Rumah Kawan



Penyangkut tuala dalam bilik air..

Cikgu Khairuddin begitu tenang memotong..



pergh.. ku jatuh cinta terus dengan Bosch Hammer GBH-22RE
..kena sambar jugak sebijik ni dapat gaji.. dalam RM650.

Memasang railing langsir dan kerja-kerja yang berkaitan
di rumah Cikgu Maziah di Bukit Sri Gombak.
Pukul 11am-6.50 pm..
penat tapi seronok..memang hobi kami.. he he

01 January 2010

isteri ku


kalau kau tahu ku cinta pada mu..
sedalam mana..
seluas mana..
pasti kau tak akan lepas ku setiap pagi..
pasti kau tak akan biarkan aku sendirian dijalan..

isteri ku,
apapun yang berlaku..
kau adalah cinta seorang lelaki yang terhebat bagi ku
kerana ia akan kekal selamanya

percayalahh..

januari 2010

18 December 2009

Unggun Api 3




Kita nyalakan kembali unggun api ini,
berbekal bara hangat semalam,
berumpan kayu basah lembap,
bersama janji rapuh serta ragu.

berjanjilah pada ku,
jangan sirami lagi unggun ini,
dengan air mata kesedihan mu,
dengan tongkol kayu curiga mu.

berjanjilah pada ku,
sesama jagai unggun api ini,
sesama raikan api hangatnya,
panaskan kita di malam hening,
berdua temani sepi lewat ke pagi.

Kuala Berang,
19 Disember

10 December 2009

Parang-parang berjasa ini


Parang berjasa ini,
Dulunya begitu tajam bergetah,
Menumbangkan halban,mehe serta pulai,
Sekecil jari,
sebesar betis ,
sebesar peha,

Parang berjasa ini,
Buatannya kukuh berwaja tajam,
Bikinan Tukang Daud Jerteh,
Serta hasilan Tukang Mat Setiu.

Dengan parang ini,
Kami tumpahkan peluh ,
Kami habiskan tenaga jantan,
Di Sungai Siput.
Di Baruh Ara,
Di Alik Naik
Di Bukit Jelutung,
Di Atas Bukit,
Di Baruh,
Di Seberang,
Di Jelapang,
Di Guntung.
Di Felda Mengkawang.

Dengan parang ini juga,
Ku potong dan ku lumat hancur,
Pacat –pacat yang menjamah peha dan kaki,
Tak kala mandi peluh di tanah pusaka.

Dengan tajamnya parang ini,
Pernah juga menghiris jari ku,
Takkala baru mengenal apa erti batu asah.

Parang berjasa ini,
Ku rehatkan kalian sekarang,
Bukan kerana tidak lagi mampu
Menumbang halban,mehe atau pulai..
Apatah lagi senduduk,kirai atau…menerung

Bukan juga kerana muncul parang bermesin,
Yang memutuskan dengan pantas bukan tajam,
Yang meminta minyak sebagai balasan.

Cukuplah kalian berjasa,
Ingin ku wariskan pada anak-anak ku,
Inilah parang leluhur kalian,
Dengan parang ini tanah-tanah ini menjadi pusaka,
Dengan parang ini..
Allah tumbuhkan daging..
Menambahkan darah dalam nadi dan urat kami.

Sungai Lerek
10 Disember 2009

05 December 2009

DIY: Kampung Outdoor Lamp










Rumah kami di kampung memang di tepi jalan….. jalan besar Kuala Terengganu-Kota Bharu.. tetapi dari jalan besar ke rumah pada malam hari satu hal yang sangat ‘darkness’ juga kerana tidak ada lampu jalan.


Saya terpaksa ‘merepair’ sebiji ‘emegency lamp’ yang telah rosak.. meletakkan mentol Philips dan membuat sambungan dari lubang plug kat umah.. wayar elektrik saya letakkan didalam paip air dan membuat sambungan seperti paip air.untuk elak air dan juga sedikit bahaya kepada “bot-bot kecil”..

DIY: Membaiki kebocoran paip yang kecil-rumah mertua..he he

Letak penyambung 1/2 inc kepada 3/4 dan 'L' 1/2 inc..

Potong terus sambungan lama tu.

Punca kerosakan: Sambungan 'L' keluar air-gam lama


Alatan asas: Kenali sendiri la nabilllll..


membuat kerja2 d.i.y mungkin sesuatu yang leceh pada sesetengah orang.
bak kata pepatah..tak kenal maka tak cinta.saya juga tidak berminat
pada benda2 seperti ini.. membaiki paip... membaiki komputer..
tetapi selepas 'terlanjur' dengan benda2 ni.. saya mula sukakannya..

saya pasti kalau anda ringankan tulang..
anda bukan sahaja disukai oleh Ketua Kampung anda
malahan anda akan disayangi oleh mertua anda.

05 November 2009

di hospital ini ..


di hospital ini
ku lihat pelbagai wajah
mengharap
hampa
berserah
gembira
dan putus asa..

kerana yang terlantar..mungkin
bapa penyayang
anak taat
kekasih setia
suami pengasih
teman mesra
isteri mithali..

mengertilah aku..
kasih itu terus melimpah
walau di hospital..
walau di liang lahad..
dan simpati ku berjuraian..


Pusat Perubatan Universiti Malaya
5 November 2009

02 November 2009

unggun api 2


terima kasih kerana memadamkan api ini..
kerana aku dengan sedar alpa
membiarkan lembut apinya..
mengigit jiwa
menghiris hati

terima kasih kerana memadamkan api ini,
dengan bahang yg tak terasa..
membakar kita..
menghangus insan lain

terima kasih kerana memadamkan api ini,
buat ku tersedar dan terjaga
kita tidak mampu berunggun api
dalam dingin malam..
dalam rintik hujan..

terima kasih atas segalanya.

3 November 09
Damansara.