24 February 2011

Badik Kelantan... boleh buat tempahan baru!!


Buatan Tukang Kelantan
Panjang dalam 5 inci.
RM150
SOLD


Stok sedia ada..anak badik..RM55


hulu kemuning hitam
sampir kemuning kuning
RM 260
SOLD.. 5/5/2011
Bro dari Johor..
tq..

kayu sarung/hulu kayu biasa
badik
RM180 SOLD


Yang paling atas dan bawah dah SOLD..
yang tengah belum lagi bertukar tuan..silakan ye...


Yang paling atas dan bawah dah SOLD..
yang tengah belum lagi bertukar tuan..silakan ye...


Panjang: 10 inc
Tukang Kelantan.
Pamur Bunga Lalang.
RM180


Badik
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

07 February 2011

Golok lapah besi spring hulu/sarung batang nibung RM150




besi: besi spring
panjang: 6-7inc
kayu hulu dan sarung: batang nibung
sarung tebuk..
bukan sarung gam/tampal
terjamin tahan dan selamat
RM150
stok ada 4 bilah..

SOLD semuanya..
( Pembeli dari Brunei )
sila tempah kalau  berminat..

02 February 2011

Membuat hulu pisau dengan Tok Wan ( Cikgu Wan Syahril )

 mata pisau..hulu telah hancur..puting pon  dah dimakan karat..

 buat puting baru..buang bahagian karat dan tebuk lubang..

taruk gam dan habuk kayu untuk elak air masuk dan agar kemas..

bolt telah dimasukkan bersama hulu kapit..belum diperhalusi

 iklan jap.. hulu dan sarung kawan yg telah Tok Wan siapkan..

 Tok Wan sedang khusyuk melicinkan dan membentuk   hulu..


persis tukang tersohor..
menyembunyikan cantuman antara dua kayu dengan habuk gergaji..

 pisau  kawe yang  disiapkan oleh Tok Wan..


 pisau  dan golok kecil  kawe yang  disiapkan oleh Tok Wan..



mata pisau ni saya jumpa semasa merayau bawah umah mertua ketika mencari bahan-bahan untuk d.i.y..rasanya umur pisau ini lebih tua dari umur isteri saya.kayunya telah hancur dan puting pun telah rosak.
terima kasih pada tok wan kerana sudi meminjamkan sebahagian pagi  untuk menyudahkan hulu pisau ini..

 pakej yang paling menarik... membuat hulu pisau dan dijamu 'lunch' dengan masakan isterinya,Nur yang sungguh sedap.3 kali tambah...al-hamdulilah..terima kasih daun keladi..

30 January 2011

bilah parang/golok sembelihan 12 inci RM55

kayu krismas..

ukuran mata: 12 inci/sekaki mata sahaja...




besi: besi spring
panjang: 12 inc/39 cm
bilah/mata sahaja..
sarung dan hulu buat sendiri yer..he he
RM55

bilah parang/golok sembelihan 10 inci RM75




besi: besi spring
panjang: 13 inc
bilah/mata sahaja..
sarung dan hulu buat sendiri yer..he he
RM75

28 January 2011

Lading Jawa Untuk dijual...RM120




panjang dalam 16 inci dengan hulu .
besi: tidak pasti..
hulu/sarung dari kayu: tidak pasti...
buatan: dari Jawa pakkkk..
Ketajaman: boleh test dengan leher anda.he2.gurau je..

03 January 2011

Iklan jualan cincin kawan-kawan untuk dijual









maaf..kawe dok tahu

 pasal batu2 permata ni.. kena tanya tuan dia terus..

Contact pemilik terus:0193451962
################################################################



aked merah jarang didapati..
size 17
diikat perak
gambar diambil kurang berkualiti
harga RM380..runding
Contact pemilik terus:  0173303096
SOLD

01 January 2011

Keris luk 3..panjang 15 inc.. . SOLD








luk: 3 luk
besi lama/buatan baru
panjang: 15 inc(anggaran..nanti kawe ukur balik)
kayu sarung/sampir/hulu: kayu halban/kayu kemuning



Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.

Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.


Pisau Lambo.. utk melapah RM220.. tempahan baru dah sampai 6 bilah...

No 1 dah SOLD... Thalhah(Terengganu)..tq...
ada 5 bilah lagi stok baru....




besi mata boreng
buatan tukang Kelantan
lebar 3 inci
panjang 4 inci sekali dengan hulu
perlu ditempah..

jangan terkejut dengan harganya..
saya ingin meminjam kata-kata tukang ini..
'baju budak lebih mahal dari baju orang dewasa.."
jangan marah...itu kata-katanya..

..maaf..harga dah naik.tukang dah naikkan upah..adoii..