Lorong tua di sebuah kota lama
(Dedikasi untuk seorang teman, Shafie Othman)
Di lorong hanyir basah ini..
Cerita sedih,duka dan rianya sebati..
Peraihnya muda dan senja bersama senada..
Di sini jual beli pantas menjadi mesra.
Di lorong tua ini,
Ku jejaki lagi selepas bertahun menjauh,
bila rasa rindu kenangan lalu menerpa hiba.
ku cari usia semalam namun tak tersua..
Dapat dititip hanyalah kenangan lalu..
Di lorong tua ini,
Celah padat asak pengunjung,
Bau masam dan tengik peluh seakan halwa ajaib..
Dan hingar bingar suara bagai muzik mempesona..
hentikan sekejap detik masa usia.
Di lorong tua ini,
terpandang seorang tua berwajah tenang,
depan kakinya nya beralas akhbar renyuk,
Kasut dan baju usang tersusun rapi,
Menyapa mesra menangkap simpati.
Di lorong ..di Pasar Karat,
ku temui ramai insan tua dan berkarat,
telah habis perkasa muda remaja,
aku pun akan senja dan malam.,
semilir tajam kota menghakis sadur ku,
membuat diri haus dan gelupas,
Langkah ku pun semakin hampir,
Ke pelabuhan abadi ciptaan illahi.
Sungai Penchala 17 Oktober 2009
hebat!!! mung ni mmg pandai bermadah :)
ReplyDeleteaku pernah ditampar guru matematik kerana membaca buku sastera di dalam meja semasa dia mengajar.. ketika darjah 5.. che mat mesti ingat. sebab itu aku benci matematik dan tetap menyukai sastera.
ReplyDelete