Badik ini ada sejarah yang panjang.
Ada ketandaan anak sungai dibelakangnya..
Kepunyaan seorang kawan karib.
Diwarisi puluhan tahun.
Pemilik ketiga dari dirinya adalah teman seperjuangan Tok Janggut.
Dikatakan pemiliknya kebal..tidak lut senjata.
Dalam satu pertarungan,lawannya telah tewas dan melarikan diri.
Dalam keadaan tergesa-gesa, dia telah bertembung dengan sahabat karib pemilik badik ini yang telah berselisih faham dengannya..
Dia mengatakan..
’tidak guna bertarung .kalau nak dia lut senjata..
tikamlah semasa meranduk air.. semasa menghalau kerbau di sawah’..
Rahsia itu dituruti..pemilik badik ditikam dari belakang dan cedera parah.
Beliau berjaya pulang ke rumah..menceritakan siapa yg menikamnya tetapi meminta agar tidak membalas dendam kerana musuhnya akan mati juga kerana parah dikerjakan walau dengan kain semutar sahaja.wallahuaklam.. itu cerita kawan saya..jangan marah saya..
No comments:
Post a Comment