-panjang 14 inc dengan hulu
-besi yang tegap,tebal dan kukuh
-bentukkan yang garang dan bengis
-pamur unik yang tidak ada pada keris baru
-bentukkan yang garang dan bengis
-pamur unik yang tidak ada pada keris baru
-hulu kayu nangka
-sarung/sampir-kayu nangka.
-berusia ratusan tahun
-dikaitkan dengan keturunan Raja Jembal yang
pernah memerintah Kelantan.
-dikaitkan dengan keturunan Raja Jembal yang
pernah memerintah Kelantan.
-keris ini sebenarnya agak lama dan kerana itu hulu dan sarung telah tiada.
apabila dipakaikan dengan pakaian baru kira-kira 30 tahun lalu..inilah hasilnya..
pernah digunakan untuk 'menarik duit' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hinggakan menaikkan kemarahan pemilik asal
.
  
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
   a) Bentuk   Mata Keris 
   Kedua-dua belah mata keris tajam   dan bergelombang bentuknya. Gelombang yang terdapat pada mata   keris ini dipanggil lok dan jumlah lok ini adalah dalam angka   ganjil. Oleh kerana angka ini, maka keris dipanggil keris berlok   3, berlok 13 dan berlok 29. Selain lok, pamur juga menambahkan   lagi nilai estetik yang sedia ada pada sebilah mata keris (Tuan   Ismail 1991: 23). 
   Terdapat bermacam-macam corak   pamur, tetapi dipercayai corak itu merupakan pecahan daripada   lima corak utama iaitu biji beras tertumpah (wos wutah)   yang melambangkan kemewahan, bunga buah pala (sekar   pala) yang melambangkan kemanusiaan, bunga berdiri   (sekar ngadeg) yang melambangkan keadilan, daun kelapa   kering tersusun (blaraq ngirid) yang melambangkan   kepimpinan dan bunga temu (sekar temu) yang melambangkan   kasih berbalas (Tuan Ismail 1991: 24). 
   b) Hulu   Keris 
   Nilai estetika hulu keris lebih   halus dan lebih seni kalau dibandingkan dengan nilai estetika   pada mata keris kerana hulu keris yang lazimnya diperbuat   daripada kayu, gading dan tanduk yang lebih mudah dibentuk dan   diukir. Kebanyakkan ukiran berbentuk lembaga atau patung manusia   (Tuan Ismail 1991: 24). 
   Mengikut kepercayaan, ukiran   seperti ini dapat menggembirakan semangat dan kuasa ghaib yang   terdapat pada mata keris. Kepercayaan ini membayangkan kewujudan   pengaruh Hindu dalam penggunaan mata keris. Tetapi ukiran dalam   bentuk lembaga dan patung ini kemudiannya tidak lagi digalakkan   dan dipaksa ubah suai setelah bertapaknya pengaruh Islam di   Kepulauan Melayu kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran   Islam (Tuan Ismail 1991: 25). 
   c) Sarung   Keris 
   Sarung keris yang terdiri daripada   tiga bahagian iaitu sampir, batang dan buntut juga mempunyai   nilai estetika. Sampir selalunya diukir dalam bentuk sebuah kapal   atau perahu besar. Sampir melambangkan kapal atau perahu besar   yang lazimnya digunakan oleh pahlawan Panji ketika pulang   daripada pelayaran jauh (mengikut mitologi Jawa). Sarung ini juga   melambangkan kapal atau perahu besar sebagai tempat kediaman   biasa bagi pahlawan sesuatu puak. Ini dikiaskan dengan sampir   yang berbentuk seperti kapal atau perahu besar itu sebagai tempat   kediaman bagi sebilah mata keris (Tuan Ismail 1991:   26). 
   Seperti juga mata keris, sarung   keris terdiri daripada berbagai-bagai jenis. Jenis yang utama   ialah sarung keris jenis utara, Bali, Madura, Bahari, Bugis, Jawa   dan Kelantan.  
 
 
biarlah keris ini jadi pusaka untuk anak-anak ku..
ReplyDeleteterpaksa lepaskan kalau ada yang berminat..
ReplyDeleteLuk 9..akan ku lepaskan pada tuan baru..
Pamor sebegini Abe rasanya orang panggil juga pamor kayu buruk.
ReplyDeleteooo....tq bro zul.ambo baru kenal keris.he he.tq tolong bagitau..
ReplyDeleteAduii..cantiknya..klu la dapat akan ku simpan suppaya jadi pusaka turun temurun..tp apakan daya..pitis tiada..huhuhu
ReplyDeleteha ha...
ReplyDeleteas salam,
ReplyDeleteada lg ke keris ni tuan?
faridz86@gmail.com