16 September 2009

Melaka.. selepas hampir 500 tahun















akhirnya tiba jua langkah,
di kaki kota Melaka,
bikinan feringgi laknat,
meratah rakus bumi tun tuah

di kaki kota ini,
terasa masih hangat dan panas,
perwira Melayu dgn payah mendaki,
menyising lengan menghunus keris pusaka,
depani bebola besi tiada bermata,
merebahkan susuk sasa menjadi kaku,
dan serasa bau harumnya darah mereka masih semerbak

mendaki bukit ini,
mendukung putera dan puteri,
terasa hiba dan sayu yang amat,
bagaimana dulu curam dan meranjaunya bukit ini,
dilicinkan dengan titisan peluh dan darah sang perwira,
meredah tanpa gentar dan pantang undur,
sedangkan aku dengan bertangga simen lelah dan lesu.

akhirnya aku tiba di sini,
di Kota A Famosa yang lahir dari nyawa dan maruah,
betapa gah dan kukuh..
kesayuan makin tebal dan mengakar,
dari puncak ku lihat Dataran Pahlawan..
yang begitu asing kini telah biasa dan sebati..
Jaya Jusco,KFC dan Carrefour merajai halaman.
inikah harga yang dibayar sang perwira ku..

15 Mei 09
Bandar Hilir
Melaka

15 September 2009

1 syawal









di pagi syawal ini..
ku pegang erat tangan ayah..
jari keras kematu itu..
dulu begitu kukuh menghayun parang
begitu kejap mengenggam cangkul..
mengisi perut 11 jiwa..

kini..
ku rasa genggaman tidak sekuat dulu..
tak sanggup menatap wajah tenangnya
air mata ini akan tumpah menerpa
hanya terdesis 'ayah..ampun amri atas segalanya"

di pagi syawal ini..
ku raih cium tangan emak..
jemari yang dulu lincah menggilir resepi..
begitu lazat dan nikmat..
untuk kami semua walau tidak insan lain
kini
ku rasa jemarinya telah letih lesu..
dan air mata ini tertumpah jua..

Ya Allah..
berkatilah dua insan mulia ini..
berilah kesihatan yang berpanjangan..
bahagiakan mereka ..
di dunia..
di akhirat..

Damansara

01 September 2009

anak-anak ku...











13 August 2009

Kenangan di Pulau Pangkor









Dibacakan pada malam terakhir di:

Teluk Segandas
Pulau Pangkor
12 Mei 2006

10 August 2009

Himpunan Mantera: Sekadar kenangan zaman lalu




SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-52 !


KITA PERNAH BERSAMA PADA 31 OGOS 1999

Puteri,
Kita pernah bersama di Dataran Merdeka,
dengan hasrat tonton perayaan kemerdekaan,
yang nyata kita lewat tanpa cepat,
berbaki cuma sampah dari banjiran manusia pulang,
mungkin keinsafan erti kemerdekaan,
mungkin kekaguman pada kerlipan busana peserta perarakan,

Puteri,
Kemudian kita masih lagi bersama di bawah Dataran Merdeka,
lihat jutaan Bangla bagai kita di Bombay atau Calcutta,
mencari rezeki di sini,negeri kaya, pribumi merempat,
walau sebagai kuli dan buruh biasa,
atau kita sebenarnya ke sana untuk lihat..
apakah tayangan Hindi seterusnya..
Badshah atau Taal?..

Puteri,
Kita bersama lagi di Muzium Sejarah Nasional,
memasukinya mungkin sempena hari bersejarah negara,
atau sekadar lari dari 'panas souh' mentari memijar,
dalamnya kita disejukkan oleh 'air cond'
lupa rasa panasnya darah pejuang negara mengalir!

Puteri,
Kemudian kita terus bersama di Pasar Seni,
yang dulunya tempat menjual madat dan betina,
dan sekarang kita melihat himpunan seni akal manusia kreatif,
yang menggunakan kepala otak dan bukannya kepala lutut,
dari perhiasan tembaga membawa kepada busana halus,
dari lukisan minyak kepada jeans Levis.
atau kita sebenarnya sekadar lihat pasangan 'bengong' muda bangsa,
berpegangan tangan bebas tanpa malu malah bangga,
kerana merekalah insan yang berakal.

Puteri,
Sebenarnya kita mula bersama di kedai mamak,
atas alasan ku untuk elak dari 'ketar'
lantas ku lahap roti canai bagai lapar seorang Somalia,
dan kau lihat ku 'tang kedaroh' dengan pelik,
untuk apa kita ke kedai ini Puteri?
sarapan pagi?
menambahkan sen mamak?
ingin lihat kau makan di depan ku sebenarnya!

Puteri,
Saat akhir kita bersama,
naiki LRT-bikinan teknologi canggih untuk pulang,
dari Pasar Seni lewati Bangsar,Abdullah Hukum, Kerinci dan Universiti,
untuk apa dengan 'menate' ini Puteri?
kerana tambang murah lagi cepat?
atau elak bersama ku dengan ACX 4155?
atas alasan yang kukuh dan kejap:
'Demo buke gewe kito'
dan hingga kini kita belum berkawan,
apakah makna 'bersama' hari itu...

10 September 1999
Universiti Malaya



Seorang insan bernama suami!..

Klik attach untuk besarkan. Kredit untuk Mingguan Malaysia 9 Ogos 09

Lukisan Muhammad Aiman

"inilah gaya ku " 8 November 09


Tiada Tajuk 1 : 5 oktober 2009


Raya 2009: 4 oktober 2009

Badut: 6 Oktober 2009



Balik Kampung:



Kapal Perang Orang Islam:


Baju & Seluar Pergi Jalan:




Angin Petang:






Memandu 'Blozar' Bawah Mentari:

03 August 2009

Abah... undang-undang tu apa bah...

Minggu lepas Aiman telah bertanya... 'abah... undang-undang tu apa bah?.." Saya tahu..mesti dia dengar dan tengok perbualan/berita dalam tv . "undang-undang tu peraturan..apa yang boleh.. apa yang dok leh kita buat.." saya cuba terangkan aras paling rendah ( kawan2 guru mesti gelak.. maaf ye Cikgu Hadi...)

Aiman seperti melongo. Masih tidak begitu jelas pada fikiran 5 tahun dia kot. Bila saya pulang dari beli barang di kedai.. Aiman dan Husna begitu ralit mengadap tv. Seperti biasa channel 611. Saya pun datang dan berkata " sekarang..dok leh tengok kartun.. kalu cuti baru buleh tengok"..
Husna pun menjawab 'Cuti ye abah...? ni petang dah cuti ni..".'Bukan cuti lagi.. cuti sabtu dan ahad saja.' Saya menambah..'jadi.. peraturan dan undang-undang tidak boleh tengok kartun kalau hari dok cuti.. dah paham kan apa maksud undang2?".. mereka senyap.Bungkam. Tak tahulah dah memahami maksud undang2 atau atau kecewa tak dapat tengok Ben 10..

15 July 2009

Iklan Pertukaran Suka Sama Suka Guru j-QAF

kalau ada kawan-kawan yang nak bertukar dari Terengganu ke KL boleh la bagitau:

NAMA: ROSAZLINA BT MAHMOOD

SEKOLAH: SK SUNGAI PENCHALA,KUALA LUMPUR

OPSYEN: PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN: 2006

NO TELEFON: 0123643390/0122261617

EMAIL:
abe_amri@yahoo.com, http://abeamri.blogspot.com/

SEBAB INGIN BERTUKAR: PULANG KE TERENGGANU

KAWASAN BERDEKATAN:
PETALING JAYA, TAMAN TUN DR ISMAIL,
BANDAR DAMANSARA,PUSAT BANDAR KL

KAWASAN KEUTAMAAN SAYA: SETIU,K.TRG,K.BERANG

LAIN-LAIN INFO: -
-MURID SK SG PENCHALA SERAMAI 650 ORANG.
-KAWASAN YANG NYAMAN DAN SEJUK.
-DIKELILINGI BUKIT, POKOK DAN HUTAN
-6 MINIT KE TV3,ONE UTAMA, TESCO,IKEA DAN GIANT.
-13 MINIT KE PUSAT BANDAR KL-DATARAN MERDEKA
-DI TEPI HIGHWAY LDP DAN PENCHALA LINK
-RUMAH SEWA SAYA 60 METER DARI SEKOLAH

14 July 2009

Marilah kita menulis di atas pasir & mengukir di atas batu!

Inilah kisahnya.... ......... .....

Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namaya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain. Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkan oleh Mior.

Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia
terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:

“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”

Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut.Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.

Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

Terima Kasih untuk Mc Nur Rohaidah atas kiriman email ini.

23 May 2009

Lawak & Jenaka

http://abeamri.blogspot.com/2009/05/lawak-jenaka.html?showComment=1243132258303#c3764637896725937915

1. Anak-anak kami.
2. Kereta penuh.
3. Petua 'Tahan lebih lama"

Renungan dan Tazkirah

1. Kewajiban berwasiat, bertaubat sebelum tidur
2. Pengemis buta dan Rasulullah
http://abeamri.blogspot.com/2009/05/renungan-dan-tazkirah.html#comments

19 May 2009

Belajar buat blog

sesiapa nak belajar edit blog..boleh guna blog ini..banyak penerangan yang
mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat termasuk ketua umno
di kampung anda..

http://maribinablog.blogspot.com/

17 December 2000

iklan kerambit akan ke udara sekali-sekala sahaja!!

iklan sekejapppppppppppppppp!!!!



lawi ayam besi boreng kuari batu dari Jerman
antara besi yang famous di Kelantan
untuk golok/parang sembelihan kerana sangat tajam
panjang dalam 5-6 inci
kayu ciku,nangka dan krismas
paten real lawi ayam Kelantan
sebab..
tiada temim dan 'gud' penahan
hanya ada 5 bilah sahaja..
yang pasti sebilah dah SOLD untuk kawe..he he.
RM170..
pelanggan tetap sila inform kawe..

SOLD 2 BILAH
ADA 2 BILAH LAGI..

badik besi boreng Jerman
6 inci
RM170

SOLD-PENANG

badik antik
7 inci panjang
RM270



hanya sebilah sahaja. RM280...
tebal,tajam,bekeng,jahat dan peramah
besi boreng Jerman..
SOLD

01 September 1999

klik link bawah untuk sewaan canopy & lori.

 untuk sewa canopy Terengganu

Untuk senjata Melayu.. klik

untuk sewaan khemah , kanopi, kanopi Besut canopy dan lori untuk pindah barang.. kanopi Besut,  lori sewa lori sewa kanopi, canopi, rent canopy, parang lapah daging, melapah, keris, lembing, kerambit, tombak, pedang, sewaan khemah ,kanopi, sewa canopy Setiu Terengganu canopy dan lori untuk pindah barang..Kuala Terengganu , Kuala Berang, Marang, lorisewa lori sewa kanopi, canopi, rent sewa, kanopi Setiu Terengganu, kanopi Besut golok pisau lapah tajam canopy,sewaan khemah ,kanopi,  canopy dan lori untuk pindah barang.. lori sewa lori sewa kanopi, kenduri. sewaan canopy sungai bulohcanopi,kanopi Besut rent canopy,sewaan khemah ,kanopi,  canopy dan lori untuk pindah barang.. lori sewa lori sewa kanopi, pedang samurai, katana, Terengganu , sewa canopy Setiu Terengganu canopi,Setiu Terengganu canopy dan lori untuk pindah barang..Kuala Terengganu , Kuala Berang, Marang, lorisewa lori sewa kanopi, canopi, rent sewa, kanopi Setiu sewa canopy bandar baru sungai buloh ,Terengganu, kanopi Besut canopy,sewaan khemah ,kanopi,  canopy dan lori untuk pindah barang.. lori sewa lori sewa kanopi, kenduri. canopi,kanopi rent canopy,sewaan khemah ,kanopi,  canopy dan lori untuk pindah barang..kanopi Besut canopy kelantan sewa canopy pasir puteh lori sewa lori sewa kanopi, canopi, rent canopy, jualan senjata Melayu, lori pindah rumah setiu pindah rumah besut pindah rumah kelantan parang lapah, parang lapah daging, melapah, keris, lembing, kerambit, tombak, pedang, Kuala Terengganu , Kuala Berang, Marang, Malela, Charita, Pandai Saras, Tumbuk Lada. Katering jamuan masakan gulai kawah sewaan alatan memasak pinggan cawan tray sinki sewa kanopi sewa khemah setiu besut kuala berang majlis perkahwinan majlis pertunangan jual canopy canvas kerusi meja dj pa sistem kipas lampu dj setiu dj besut dj kuala berang dj kuala terengganu

12 January 1999

20 bilah Kuku Rimau Terengganu.. SOLD 6 bilah..











stok 20 bilah...

sebilah rm70

dua bilah rm120..


0123643390

03 January 1988

KDK wallfan bilah 20 inci...besar dan angin kuat!!


semua besi. berfungsi dengan sangat baik..

KDK tablefan.... tahun 1940-an..