13 August 2009

Kenangan di Pulau Pangkor









Dibacakan pada malam terakhir di:

Teluk Segandas
Pulau Pangkor
12 Mei 2006

4 comments:

  1. ini bukan puisi..ini adalah mantera..ha ha..


    ku dengar khabar…
    petang nanti abseiling..
    tetiba aku…
    nak kencing..
    nak berak..

    perjalanan pun bermula..
    ahh! cepatnya sampai ke sana..
    ku harap jaraknya di Uganda..
    agar kami..tak sampai-sampai..

    KJ dan Mama setia menanti..
    bersama Pok Ku,Amin dan Bal..
    kami mula memanjat bungkah batu pejal..
    tetiba ku harapkan..
    bukit ini biarlah menjadi Everest..
    agar kami tak tiba ke atas..

    Bidi mulai dengan penuh gaya dan rasa..
    bersama bimbingan si hero Tamil, Encik Arif..
    ah!.. lutut ku mula tak kejap..
    malah..lebihi malam pertama ku..

    kemudian.. Yati,Sue,Ada,Fa..
    diikuti Amin,Pok Ku,Sabri,Aishah,Nik, Azli..
    serta Zana,Yani dan Ila..

    ah! Pok Ku kembali muncul..
    ingatkan ada sedikit semangat untuk ku..
    tetapi hampa..
    rupanya azimat si Wan..
    Wan pun turun ..
    dengan yakin dan tetap..
    tapi aku……

    tetiba ku teringat Aiman..
    tapi. tentu Aiman tak kisah..
    kerana..bapak Aiman yang kisah..



    teringat lagi…
    pada ibu Aiman..
    ah! benarlah kata orang..
    mendaki bukit tertinggi..
    menuruni lurah nan terdalam..

    awak last!!
    gurau Encik Balkaran.. dan Abang Baha..
    bagilah saya dulu..
    pinta ku dengan seposen..
    dan..aku pasti aiman akan malu..
    lihat wajah bapaknya yang dah tak hensem ini..

    ikat tali.. ballay on…
    jiwa pun terbang melayang..
    kaki yang menggeletar pun dilonjak..


    foto pertunangan dan perkahwinan..
    motor modennas ku pun tergambar..
    berselang-seli dengan kereta mainan Aiman..
    serta botol susu si kecil..
    ah! sepanar hidup dan screw driver ku yang hilang..
    telah tergambar jelas di mata..
    juga batang nyiur tumbang ..
    tempat lepas penat Cik Halimah dan Puan Rozila semalam..
    semuanya datang sebagai slide power point di minda.

    kangkang kaki!
    tetiba suara Encik Balkaran mengguman..
    aku pun akur…dengan mudah..
    kerana aku dah biasa.. kangkang.
    cuma tiga hari kebelakangan ini ku puasa..

    lonjak!.. lonjak!..
    aku pun selamat sampai ke bawah..
    kawan-kawan sibuk di temuduga Mama dan KJ..
    aku yang masih keliru.
    antara ketar dan kenalin..
    tetiba terdengar..
    murni balik!!....

    ah! apa lagi mama..
    rupanya aku akan disoal lagi..
    apa itu karabina..
    adakah dia nama seorang gadis latin..
    slot telenovela Tv3..
    2.30 petang setiap isnin..

    atau..
    adakah dia jenama susu aiman..
    tapi ku pasti..
    aiman minum dumex dulac..

    syukurlah aku jawab dengan betul..
    antara ketar dan kenalin..
    ku hadap wajah hensem KJ..
    janggut sejemput yang dikatanya hensem..
    ingin ku tiru juga sebenarnya..
    apakan daya..
    bulu pahat ku pun belum tumbuh..

    ku diuji dengan ikatan tali..
    simpul kasih ..
    tindih kasih…
    simpul manuk..
    ku gelabah..

    kawan-kawan ku yang baik..
    gerak bibir mereka cuba beri ku jawapan..
    ah! bagaimanakah dapat ku faham..
    aku ini guru pendidikan jasmani..
    bukannya pendidikan khas..
    gerak bibir ‘tali kecemasan”..
    ku rasa lebih kurang dengan gerak untuk ‘tomyam”…

    ‘apalah abe ni..
    lagu ni abe..
    lagu ni..
    ah!..patutlah aku tak faham…
    ramai sangat bercakap kelantan..
    aku sudah biasa dengan bahasa standard kl..

    tiba-tiba..
    lonceng jam telah berbunyi..
    dan..
    kami pun pulang..
    terima kasih kawan-kawan oren..
    terima kasih kawan-kawan kuning..
    terima kasih semua pensyarah..
    kami temui kenyakinan diri..
    di abseiling yang mencabar jiwa..

    besarnya makna abseiling..
    pada semangat dan kerjasama..
    pada setiakawan dan tahan mental..

    andai kata..
    di tahun menjelang..
    surat penempatan tiba..
    akan kami bawa figure of eight dan karabina..
    jika kami dilontar ke Kinabalu..


    Teluk Segandas
    Pulau Pangkor
    12 Mei 2006

    ReplyDelete
  2. Hebat mantera mung meri.. sakan aku gelak.. kecut jugak mung yer..? aku suke bab memanjat dan turun ni.. tapi dah kawin kene stop ler.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. aku biasa panjat petai dan chempedak.. mana la aku biasa terjun tiruk bukit berbatu..bukan ada pek dah buat benda tu kat kampung aku.nanti orang kata aku buang tabiat pulok.. ha ha..

    mu ni ni nur.. tengok kucing tidor pun mu boleh gelak..tak pelek aku.. ha ha

    ReplyDelete