04 October 2009

Projek Troli Barang Pasar




 dah siap..bersama kembarnya.....

letakkan bolt di tempat sepatutnya..kalau tak..terburai nanti....

 beg kain pakaian..lebih sesuai..besi pemegang lebih tinggi-panjang..
tak la sakit pinggang menyeret troli nanti di pasar.....

3. Letakkan aja bakul kecik dan ikat.

2. Rangka beg yang telah ditanggalkan

1. Beg sekolah yang telah pencen.

Saya buat ini untuk mereka yang suka buat kerja2 d.i.y. kepada mereka yang tak suka jangan la mengutuk dan mengata( nak beri komen pembaikan ok saje saya....)

1. ambil beg sekolah yang telah koyak dan tidak boleh digunakan lagi
kecuali bahagian roda dan penarik/pemegang beg tersebut.

2. buang/ceraikan bahagian beg dan bahagian rangka/komponen roda dan pemegang beg.

3. maaf.. saya tak sempat mencari benda yang sewajarnya sebagai kotak barang kerana pagi tadi
saya terpaksa ke Pasar Borong Selayang..maka saya telah menyambar sebiji bakul kecil
dan mengikatnya dengan dawai ke bahagian pemegang beg.

4. nampak macam tak siap..tapi saya telah gunakan dengan jayanya tadi. ramai jugak orang kat
pasar tadi yang menjeling troli saya tapi saya rasa bukan kerana kagum..saya rasa mereka
kata dalam hati 'kedekutnya..sampai buat sendiri troli".. ah lantakla.. kurang2 2 kg tongkol, 2 kg sardin, 1 kg selar, 1 kg daging, 1/2 kg tulang lembu, 1 1/2 kg ayam, 2 kilo bawang merah, 2 ikat daun sup, 1 kg udang, 2 ikat pucuk paku dan sekilo cili kampung disumbat dalam troli kecik tu..

.. saya akan upgrade troli ini. tadi guna hanya kerana darurat sahaja... terima kasih troli..

4 comments:

  1. baguslah idea tu.. aku pon suka diy ni.. selagi boleh jimat.. ko beli byk2 tu nak buat OH ker? tak jemput aku pong... huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalu aku buat OH..aku ajak la mu..uji mat 3 buat sabtu ni.. mu kenal dia dok?>> sambil2 ambik ram hydir tu..mu mai la umah aku..boleh la sembang2 dan op mini dengan famili mu..

    ReplyDelete
  3. baru balik Pasar Selayang.
    Dan troli ini berbakti lagi...
    2 kg ikan sardin
    2 kg tongkol
    1 kg daging
    1 kg sotong
    2 kg limau mandarin
    1 kg epal hijau
    4 kg ayam
    1/2 cili besar
    seikat daun sup..

    terimakasih daun keladi.. minggu depan jumpalagi..

    ReplyDelete
  4. nur,
    hari ni na buat mee kari..
    ajak adik-beradik dan kawan yang dekat rumah je.
    nanti mu beranak.. kita jumpa lagi kat tasik.. atau
    kita jumpa kat umah aku..atau sapo2..

    ReplyDelete